Tuesday, August 31, 2010

Selamat sejahtera diucapkan kepada Pn.Patrina iaitu guru bahasa melayu kita.Topik yang akan dibincangkan pada hari ini ialah ‘perpaduan’.
C: Selamat sejahtera kepada semua. Yang menghadiri Forum Perpaduan pada hari ini ialah Azim, Alvin dan Ve Yeung. Nama saya ialah Chin. Saya ialah pengerusi untuk forum pada hari ini.
Az,Al,V: Selamat sejahtera Chin.
C:Tahukah apa maksud perpaduan?
Al:Perpaduan bermaksud satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya dapat membentuk satu identiti bersama.
Az:Perpaduan merupakan sesuatu yang penting agar dapat membangunkan Negara.
C:Terdapat pelbagai kesan perpaduan kepada Negara. Ve Yeung, bolehkah anda memberi beberapa contoh kesan perpaduan kepada Negara?
V:Kesan perpaduan kepada Negara adalah seperti melambangkan jalur gemilang. Kita boleh hidup dalam Negara yang telah merdeka kerana perpaduan masyarakat yang telah menghalau penjajah daripada Tanah Melayu.
Al: Chin, bolehkah saya memberi pendapat tentang kesan perpaduan kepada Negara kita?
C:Pastilah boleh! Saya gembira untuk mendengar pendapat anda.
Al: Terima kasih Chin.Antara kesan perpaduan kepada Negara kita ialah slogan 1 Malaysia. Slogan 1 Malaysia adalah untuk menyatu padukan semua kaum di Malaysia seperti kaum Cina,India,Melayu dan lain-lain.
C:Azim! Sudah lama kamu duduk di situ. Berilah sedikit langkah mengalakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Az: Bolehlah Chin. Terima kasih. Langkah mengalakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat ialah Ibu bapa haruslah mendorong anak-anak agar menyertai aktiviti yang dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum.
V: Antara contohnya adalah program PLKN dan RIMUP di sekolah.
Al:Selain itu, Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak menonton filem dan drama yang bertema perpaduan antara kaum.
C: Ibu bapa perlu menjelaskan kepada anak-anak tentang senario masyarakat majmuk di Malaysia.
V: Chin, jika Negara mempunyai pepecahan kaum, apakan punca pepecahan kaum yang telah berlaku?
C: Jika Negara kita mempunyai pepecahan kaum, puncanya adalah kerana masyarakat yang tidak mempunyai hubungan silaturahim yang erat.
Az:Tambahan pula, masyarakat juga tidak mempunyai nilai toleransi. Mereka hanya hendak bantu mereka sendiri.

Al:Akhir sekali, orang yang bersifat perkauman juga dapat menyebabkan pepecahan kaum.
C: Kesimpulannya, perpaduan dalam sesebuah Negara merupakan sesuatu yang penting untuk memajukan Negara .
V: Kita perlulah mengelakkan masyarakat berbilang kaum daripada digugat kerana bak kata pepatah “ bersatu teguh, bercerai roboh.”

No comments: