Thursday, July 22, 2010

Alvin: Hi. Kamu sedang berbincang tentang apa?
Ve yeung: hi Alvin. Kami sedang berbincang tentang kelebihan dan keburukan internet.
Chin: Internet mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Oleh itu, kita harus menggunakan internet dengan tujuan yang betul supaya kita boleh mendapat banyak faedah daripada internet.
Azim: Antara kelebihan internet adalah mesej atau e-mel dapat dihantar dengan cepat kepada sesiapa sahaja tidak kira di mana dia berada. Mesej yang dihantar juga adalah percuma.
Alvin: Sekiranya seseorang itu menggunakan internet untuk tujuan yang betul, dia boleh mendapat apa-apa matlumat yang dikehendakinya. Segala matlumat boleh diperoleh dengan menggunakan internet. Seseorang itu juga boleh membaca surat khabar melalui internet.
Ve Yeung: Internet merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan.
Chin: Teleperubatan dimungkinkan dengan adanya internet. Pakar-pakar perubatan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan adanya internet.
Azim: Internet juga mempunyai keburukannya yang tersendiri, kita boleh mempelajari cara-cara memproses dadah sintetik melalui internet. Dadah sintetik member kesan yang lebih buruk kepada penagih berbanding dadah asli.
Alvin: Kemudahan ini boleh digunakan untuk menceroboh dan mengganggu seperti `hacking’ yang kini banyak berlaku. Laman-laman web kerajaan mudah diceroboh untuk tujuan mengganggu. Keselamatan negara juga sukar dikawal kerana segalanya dihubungkan melalui rangkaian antarabangsa.
Ve Yeung : Pornografi juga merupakan keburukan internet yang amat serius kepada pengguna internet terutamanya golongan remaja. Pornografi merupakan antara punca masalah sosial dalam kalangan masyarakat menjadi semakin serius.
Chin: Internet juga boleh digunakan untuk kegiatan perjudian. Hal ini tidak dinafikan apabila terdapat aktiviti penjudian yang meliputi banyak tempat dan kemungkinan juga berlaku pengaduhan apabila aktiviti berjudi dan bertaruh dijalankan.
Azim: Bagaimanakah cara untuk memastikan internet digunakan dengan tujuan yang betul dan mendatangkan faedah kepada individu dan negara?
Alvin: Ibu bapa perlu sentiasa memantau penggunaan internet oleh anak-anak mereka supaya anak-anak mereka dapat menggunakan internet untuk tujuan yang berfaedah.